Looking For Anything Specific?

Header Ads

Belajar Membuat Roti

Entri 5 - Belajar Membuat Roti

Teks : Rosilawati Wahid 
Foto : Rosilawati Wahid

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini pertama kali saya menghadiri kelas membuat roti bun secara rasmi. Sebelum ini hanya belajar melalui Youtube dan buku sahaja.

Belajar berguru sangat berbeza pengalamannya. Kita akan diajar yang mana betul dan yang mana salah. Jangan kedekut untuk melabur mencari ilmu. Kalau kita redah tanpa guru, pelaburan cuba jaya yang kita telah laburkan adalah lebih banyak lagi sebenarnya.

Berbalik kepada cerita roti, guru roti adalah dari Johor Bahru. Beliau adalah kenalan masa pergi umrah tempohari. Alhamdulillah, kami belajar 20 jenis roti keseluruhannya. Kelas bermula seawal 10.30 pagi dan berakhir pada 3.00 petang.

Berikut antara yang dipelajari.











Sangat berbaloi-baloi. Hasilnya adalah setanding dengan yang terdapat di pasaran. Rasanya pun sedap. Bahan yang digunakan juga selamat seperti penggunaan tepung 'unbleach' berbanding roti di pasaran yang menggunakan tepung 'bleach'.

Di samping dapat menjimatkan perbelanjaan harian keluarga, bahan-bahan yang digunakan terjamin bersih dan halal. Sebagai seorang ibu amat berpuas hati dengan hasilnya. 

Sekian daripada,

Usahawan online,
Rosilawati Wahid

Post a Comment

0 Comments