Looking For Anything Specific?

Header Ads

Rutin Harian Saya Sebagai WAHM

Entri 7 - Rutin Harian Saya Sebagai WAHM

Teks : Rosilawati Wahid
Foto :

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya kongsikan rutin harian sebagai seorang WAHM. Saya akui adakalanya saya menyerah kalah, badan terasa amat lelah. Bila malam menjelang harus cepat-cepat mencari tilam dan bantal, agar pinggang dapat diluruskan.

Cabaran saya adalah membesarkan enam orang anak pelbagai peringkat usia tanpa pembantu rumah. Semuanya dilakukan sendiri daripada mengemas, memasak, menghantaar anak ke sekolah dan sebagainya. Suami ketika beliau berada di rumah banyak menghulurkan bantuan terutama dari segi melayan anak-anak yang masih kecil. 

Saya di rumah adalah bekerja sepenuh masa sebagai pelukis pelan. Waktu kerja tetap saya dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Sama seperti semasa bekerja dahulu. Bezanya kini masa saya agak anjal. 

Pada waktu tertentu saya perlu keluar mengambil anak-anak dari sekolah KAFA dan kemudiannya selepas makan tengahari anak-anak ini dihantar ke sekolah kebangsaan pula. Jika Adini tiada kelas tambahan, langsung sahaja menjemput Adini. 

Seterusnya saya akan duduk di dalam pejabat saya di rumah bagi menyambung tugasan pada hari tersebut.

Saya habis kerja sekitar jam 6.00 petang. Biasanya saya akan menyediakan makan malam selepas saya selesai mandi dan bersiap-siap. Malam biasanya waktu dengan anak-anak. Tahun ini Adini akan menghadapi peperiksaan SPM, jadi sebelah malamnya ada kelas tambahan. 

Pada kebiasaannya pada hari-hari bekerja saya memang tiada masa untuk keluar. Kebanyakan masa hanya dihabiskan di rumah dengan kerja-kerja pejabat. 

Jika ada yang membeli mesin jahit, kebiasaannya saya akan membuat proses penghantaran pada hari Sabtu.

Bagi yang membeli produk kesihatan Shaklee tiada masalah kerana pihak Shaklee akan menghantar semua pesanan kepada pelanggan saya. 

Hari Ahad adalah hari cuti bagi saya. Cuti masak, cuti ambil dan hantar anak ke sekolah dan tentunya cuti bekerja. 

Alhamdulillah, Allah berikan saya kekuatan. Di samping itu saya juga mengamalkan supplemen seperti multivitamin vita-lea, vitamin C dan B-Complex sebagai usaha saya untuk sentiasa bertenaga. Pengambilan "performance drink" keluaran Shaklee membantu saya kekal cergas sepanjang hari, Insyaa Allah.

Begitulah serba ringkas berkenaan rutin harian saya sebagai WAHM. 

Bagaimana dengan rutin harian anda? Kongsikan dengan saya.


Salam hormat daripada :

Usahawan Online,
Rosilawati Wahid

Post a Comment

0 Comments