Mesin Jahit Tepi Halus Untuk Tudung - Blog Sulaman, Jahitan kreatif, Keluarga, Travelog & Resipi

14 Jun 2015

Mesin Jahit Tepi Halus Untuk Tudung

Entri #23 : Mesin Jahit Tepi Halus Untuk Tudung
Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid & carian Google
Bismillah,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pelanggan di Kelantan telah menerima bungkusan beliau yang diposkan semalam. Servis poslaju yang setakat ini memuaskan hati.
Pelanggan memesan mesn jahit tepi jenama Brother 3034D untuk tujuan menjahit tepi tudung dan shawl. Yong poskan dari Puchong 13/06/2015 sekitar jam 4.40 dan hari ini pelanggan memaklumkan bahawa mesin yang diposkan telah selamat tiba.


Untung kepada pelanggan yang tinggal di Kelantan. Hari Ahad merupakan hari bekerja, makanya dapatlah beliau menerima mesin tersebut hari ini.
Mesin jahit tepi ini berguna kepada sesiapa yang ingin menjahit tepi biasa dan juga jahit tepi halus untuk kemasan tepi tudung. Penetapan jahit tepi halus dan jahit tepi biasa juga tidaklah terlalu rumit. Penggunaannya adalah mesra pengguna. Insyaa Allah, setakat ini ramai yang berpuas hati dengan hasilnya.
Gambar ini adalah yang dikirim oleh pelanggan. Tidak diketahui sumber asalnya.
Tetapi haruslah diingat, setiap fabrik sifatnya adalah berbeza. Jadi tetapan fabrik kapas akan berbeza dengan tetapan fabrik chiffon. Jadi pelanggan perlu cuba jaya sehingga mendapat hasil yang diidamkan.
Semoga catatan ringkas ini dapat membantu anda yang sedang mencari mesin jahit tepi tudung halus.
Rakan-rakan yong pun ramai di kalangan penjahit tudung, kebanyakan mereka amat berpuas hati dengan hasil mesin jahit ini.

Jenama : Brother
Model : 3034D
Harga pasaran : RM1349.00 (sumber http://estore.brother.com.my/product-741288.html)
Harga promosi : sms/whatsapp untuk mengetahui promosi terkini daripada MyMesinJahit
Jaminan : 1 tahun
Salam hormat dan salam ceria,
Rosilawati Wahid
0123013341
MyMesinJahit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan