Tapak Kedut (Gathering Foot) - Blog Sulaman, Jahitan kreatif, Keluarga, Travelog & Resipi

02 Jun 2015

Tapak Kedut (Gathering Foot)

Entri 19 : Tapak Kedut (Gathering Foot)

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid & Google
Assalamualaikum semua,
Selepas keluar dari pertapaan, Insyaa Allah Yong kongsikan ilmu yang sedikit yang Allah kurniakan.
Tapak kedut ini sangat berguna untul buat renda pada langsir, menjahit gaun kembang untuk kanak-kanak, renda pada sarung kusyen juga boleh menggunakan kaedah ini
Ada dua jenis tapak kedut, satu diberi nama “ultimate ruffler foot” dan satu lagi “gathering foot” atau dalam Bahasa Melayu tapak kedut. Tapak kedut sesuai digunakan untuk jenis fabrik yang nipis dan ringan contohnya kain kapas. Untuk menjahit kain yang mempunyai ketebalan sederhana atau tebal, “ultimate ruffler” lebih sesuai digunakan.
Image result for gathering foot
Gathering foot
ultimate rufler
Ultimate ruffler

Contoh di bawah ini Yong bereksperimen menggunakan tapak kedut dengan mesin Janome MC6500 dengan ketegangan benang yang berbeza, lagi tinggi ketegangan benang, lagi banyak kedut yang terhasil.
Gathering foot

Yong sertakan pautan Youtube yang berikut sebagai rujukan yang lebih jelas.
Tapak kedut (Gathering Foot)
Gathering Foot–Tapak Kedut
Tapak ni boleh digunakan dengan mana-mana mesin jahit.
Inyaa Allah tiada masalah.

Sekian untuk entri hari ini, selamat mencuba Yong ucapkan.

Rosilawati Wahid
Jurnal Usahawan Online
0123013341

Tiada ulasan:

Catat Ulasan