Looking For Anything Specific?

Header Ads

Cara Menjahit Fabric Book Daripada Panel


Cara Menjahit Fabric Book Dari Panel

Teks & foto : Rosilawati Wahid

Sebenarnya ini versi paling mudah menjahit sendiri fabric book untuk anak-anak. Beli kain panel sedia dicetak, gunting dan cantum. Yang sedia dijual ada, tetapi yang dibuat sendiri dengan penuh kasih sayang lain perasaannya.

Dalam projek ini saya menggunakan panel dari koleksi Kitten Capers - Let's Count Cats Book Panel. 

Langkah 1

Gunting panel mengikut garisan yang dicetak.
Ianya akan terbahagi kepada enam bahagian.


Langkah 2

2 bahagian dijahit bersama mengikut nombor yang dicetak.
Caranya bahagian luar bertemu luar. 
Jika ingin meletakkan batting, letakkannya di bahagian bawah.
Rujuk gambar - ada tiga lapisan, 1 panel atas, 2 panel bawah dan 3 batting (warna putih)


 Langkah 3

Samakan bahagian tepi dan jahit keliling tiga lapisan tadi (2 keping kain + 1 batting).
Tinggalkan kira-kira 3 inci ruangan yang tidak berjahit untuk tujuan mengalihkan bahagian luar ke dalam.
Sila rujuk gambar di bawah.






Langkah 4

Selepas diterbalikkan, jahit bahagian yang terbuka tadi dengan kaedah jahit ubi atau jahit sembunyi. 
Saya menggunakan kaedah jahit sembunyi.

Saya menggunakan benang nylon supaya jahitan tidak kelihatan.
Anda boleh menggunakan benang kapas yang senada dengan warna kain.

Hasil selepas siap dijahit.

Langkah 5

Susun panel yang siap dijahit mengikut susunan berikut.




Langkah 6

Susun seperti dalam gambar di bawah.
Tandakan bahagian tengah dan buat garisan lurus menegak (atas ke bawah).
Jahit mengikut garisan yang ditanda.
Anda boleh menggunakan mesin untuk mencantum fabric book ini atau boleh juga menggunakan kaedah jahitan kia (backstitch)




Fabric book yang telah siap.

Catatan :

Saya menggunakan batting nipis, jika ingin menghasilkan fabric book yang lebih gebu, gunakan batting lebih tebal contohnya batting 1 inci.

Kain panel saya beli daripada Amiza dari blog D'Amani CottonTherapy pada harga RM42.00.

Post a Comment

0 Comments