Cara Mudah Menjahit Getah Pinggang - Blog Sulaman, Jahitan kreatif, Keluarga, Travelog & Resipi

16 September 2015

Cara Mudah Menjahit Getah Pinggang


Cara Mudah Menjahit Getah Pinggang 


Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Assalammualaikum,

Pagi ini saya kongsikan cara yang biasa saya gunakan untuk menjahit pinggang getah pada seluar atau kain baju kurung anak-anak. Saya suka cara ini sebab mudah dan cepat. Tidak perlu tarik kain semasa menjahit getah.

Caranya begini, ambil ukuran pinggang sebenar. Kemudian potong getah pinggang tapi kurangkan 2 inci dari saiz pinggang.

Pinggang anak ---> 26”
Saiz getah ---> 1”
Panjang getah ---> 24”



1. Lipat bahagian pinggang dengan kelebaran 1 1/2" Sematkan dengan peniti.

1-Lipat 1.5 inci


2. Tandakan 2 1/2” sebagai bukaan untuk memasukkan getah. Jahit sekeliling pinggang kain/seluar kecuali pada bahagian bukaan (antara dua tanda berikut).

2-Tandakan 2 inci sebagai bukaan


3. Dengan menggunakan safety pin yang disemat di satu hujung, susupkan getah ke dalam casing yang telah dijahit melalui bukaan 2 1/2” tadi.

3-Susupkan getah melalui bukaan


4. Susup sehingga getah bertemu kembali dan tindihkan selebar 1”. Pinkan…

4-Tindihkan 1 inci


5. Jahit pada sambungan di bahagian yang bertindih…

5-Jahit bahagian sambungan

6. Setelah itu jahit bahagian bukaan tadi.

6-Jahit bukaan


7. Akhir sekali, jahit sekali lagi di atas getah supaya kedudukan getah akan sentiasa berada di tempatnya… pastikan semasa menjahit getah perlu ditegangkan… Sheila menggunakan jahitan zigzag, tapi boleh juga menggunakan jahit lurus biasa.

7-Jahit atas getah


Inilah hasilnya.

8-Siap

Lain orang lain caranya. Pilih satu teknik yang sesuai dan yang kita selesa. Cara yang ditunjukkan ini adalah ilmu yang diperturunkan oleh Allahyarham mak ketika hayatnya masih ada.

Selamat mencuba. Sekali tidak berjaya cuba lagi hingga mendapat hasil yang kita inginkan.

Sms / whatsapp : 012 3013341
Email : rosilawati.wahid@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan