Looking For Anything Specific?

Header Ads

Guru Kelingkan Kelantan

Guru Kelingkan Kelantan

Teks & foto : Rosilawati Wahid


Rezeki bertemu puan guru kelingkan Kelantan semasa menghantar abang ipar di lapangan terbang antarabangsa KLIA pada 17 September 2015 yang lalu.

Nik Rahimah binti Nik Idris atau lebih mesra dengan panggilan Che Sue telah lama berkecimpung dalam seni jahitan kelingkan.

Sekarang ilmu ini telah diperturunkan kepada anak dan cucu beliau.

Walaupun telah memasuki usia 70an namun Che Sue masih lagi sihat dan tiada sebarang penyakit.

Apabila ditanya amalan beliau, rahsianya kurma dan madu menjadi makanan wajib setiap hari. Begitu juga amalan minum susu dan vitamin harian.

Che Sue juga masih aktif mengajar seni jahitan kelingkan bersama anak beliau Che Mas. 

Semoga seni jahitan kelingkan akan terus segar dan diwarisi oleh anak-anak muda di zaman akan datang. 

Post a Comment

0 Comments