Looking For Anything Specific?

Header Ads

Tentang Profil Perniagaan


Tentang Profil Perniagaan

Teks & Foto : Rosilawati Wahid

Besar atau kecil perniagaan kita penting untuk kita sebagai peniaga menyediakan profil perniagaan. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelanggan siapa kita.

Profil perniagaan mengandungi maklumat ringkas perniagaan seperi seperti sejarah perniagaan, matlamat, visi dan misi. Ia juga mengandungi maklumat penting seperti maklumat mengenai nombor-nombor personel.

Tujuan profil perniagaan ini disediakan adalah untuk beberapa tujuan seperti pelanggan sasaran, badan kerajaan, tender, institusi kewangan dan pihak berkuasa tempatan.

Contoh anda pembuat pakaian ingin memberikan profil perniagaan kepada pelanggan sasaran anda, di dalam profil perniagaan tersebut perlulah diceritakan lebih banyak maklumat berkenaan produk yang dihasilkan beserta dengan contoh-contoh bergambar.

Berlainan pula jika profil perniagaan untuk institusi kewangan, maklumat berkenaan kewangan perniagaan anda perlulah diceritakan dengan lebih terperinci.

Berapa banyak salinan perniagaan yang perlu disediakan?
Ini bergantung kepada berapa besar rangkaian (network) yang anda ingin bina. Saya di dalam bidang perkhidmatan, saya boleh sahaja berikan profil perniagaan saya kepada sasaran pelanggan yang difikirkan sesuai sebagai rekod mereka.

Dari pengalaman sendiri, bila pelanggan yang mempunyai profil perniagaan kita, mereka akan menghubungi kita bila perkhidmatan kita diperlukan. Sepertimana kad perniagaan, profil perniagaan lebih formal sifatnya.

Post a Comment

0 Comments