Looking For Anything Specific?

Header Ads

Projek Kain Perca - Plushie Anak Gajah

Projek Kain Perca - Plushie Anak Gajah

Teks & Foto : Rosilawati Wahid

Projek daripada kain perca. Kalau banyak kain perca dan tidak tahu nak buat apa, ini adalah salah satu projek yang boleh dibuat. Kalau ada anak kecil sesuai sangat buat mainan lembut seperti ini. Gunakan kain yang bersesuaian seperti kain kapas dengan warna terang dapat menarik perhatian anak-anak.

Bagi anak-anak yang lebih besar berusia dua tahun ke atas, mereka boleh bermain dengan mainan ini sambil bercerita. Ini dapat menggalakkan minda mereka untuk berfikir. Bermain bersama anak-anak dengan mainan yang kita hasilkan sendiri sangat menyeronokkan. Ianya dijahit dengan penuh kasih sayang, sampai besar pasti diingat.



Untuk anak gajah ini, saya buat pada saiz yang kecil sahaja. Sesuai untuk Muaz yang berusia 4 bulan November ini. Asalnya nak bagi Muaz peluk-peluk ketika tidur sebab bantal yang ada sekarang ni besar sangat, agak sukar untuk Muaz pegang dan peluk. Itu yang bersemangat nak jahitkan satu untuk Muaz sebagai permulaan. Lepas ni tengok minat dia macamana.



Kain yang digunakan pun tak banyak serta menjahitnya juga tidak rumit kecuali pada bahagian yang melengkung perlu berhati-hati. Saya menghadapi cabaran di bahagian kaki dan juga belalai. Ruang bukaan yang saya sediakan agak sempit menyukarkan untuk menterbalikkan kain dari dalam ke luar. Di dalam plushie ini saya masukkan loceng dari sarung tangan lama yang tidak digunakan lagi.
Berikut saya kongsikan sebahagian daripada proses pembuatan plushie anak gajah ini. Kita hanya perlu mengikut template yang telah disediakan sahaja.

Bahagian yang perlu digunting (dari kiri atas, ikut arah pusingan jam)
1. 1 bahagian ekor
2. 4 bahagian untuk telinga
3. 2 bahagian badan
4. 2 bahagian belalai

Bahagian telinga yang dicantum dan diterbalikkan.

Cantum dan jahit bahagian badan, telinga dan belalai.

Hasil selepas dijahit. Lakukan yang sama untuk sebelah badan bertentangan.

2 bahagian yang telah dijahit. Langkah seterusnya adalah untuk menjahit bahagian depan dan belakang.

Mata yang dijahit dengan fungsi corak yang terdapat pada mesin jahit.

Tutorial ini saya petik dari blog berikut. Klik pada pautan di bawah untuk jalan kerja yang lebih lengkap.
http://birchfabrics.blogspot.my/2013/07/free-pattern-tutorial-henry-helga.html



Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Saya Rosilawati Wahid pengurus online ABDR anda. Jika anda ingin belajar menghasilkan serta menulis blog yang lebih baik daripada ini, saya sedia membantu.

Pengurus Online ABDR
Email: rosilawati.wahid@gmail.com
Whatsapp: +60123013341
Boleh juga pm saya di Facebook inbox.

Post a Comment

0 Comments