Looking For Anything Specific?

Header Ads

Mesin Jahit 2 Dalam 1


Mesin Jahit 2 Dalam 1

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid & carian Google

Soalan : Saya minat menjahit sejak di bangku sekolah lagi. Rasanya telah tiba masanya saya membeli sebuah mesin jahit memandangkan saya baru melahirkan anak perempuan pertama. Saya gembira untuk menjahit sendiri pakaian untuk puteri saya sepertimana emak saya telah menjahit pakaian kami adik-beradik semasa kami kecil. 

Saya memerlukan sebuah mesin jahit yang ada fungsi dua dalam satu iaitu fungsi jahitan dan sulaman. Bajet saya sekitar RM3000 sahaja. Saya perlukan sebuah mesin jahit yang mudah dikendalikan dan ringan agar saya boleh menjahit di mana-mana di dalam rumah. Saya perlukan mesin yang kecil dan 'compact' agar ianya tidak memakan ruang penyimpanan. 

Saya suka melihat pakaian kanak-kanak yang cantik bersulam applique. Dalam masa yang sama saya ingin menyulam nama pada pakaian puteri saya untuk menjadikannya lebih istimewa. Jika dibeli di pasaraya atau menempah, harganya agak mahal dan kurang menepati citarasa. Sebab itulah saya lebih suka menjahit sendiri.

Boleh cadangkan kepada saya mesin yang sesuai dengan hasil jahitan yang cantik?






Jawapan : Bagi memenuhi keperluan puan, saya mencadangkan mesin Brother model NV955. Ianya sangat menepati ciri-ciri yang puan nyatakan. NV955 merupakan sebuah mesin jahit dua dalam satu (sulam dan jahit biasa) yang mampu memberikan hasil yang cantik.

Saiznya yang berukuran 52cm x 46cm x 40cm tidak memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan mesin. Saiz begini memudahkan puan menjahit di mana-mana ruang dirumah puan. Jika puan bercadang untuk menjahit di meja kopi sambil menonton televisyen juga boleh dilaksanakan.

Tetapan mesin yang mudah serta manual bergambar yang lengkap juga disertakan dapat membantu puan walaupun ianya merupakan pertama kali puan mengendalikan mesin jahit. Mesin ini juga didatangkan dengan jaminan 12 bulan. Jika puan menghadapi kesulitan, puan juga boleh menghubungi saya.

Pada bulan ini kami mempunyai tawaran untuk mesin NV955 ini. Semoga ianya dapat memenuhi hajat puan untuk menjahit baju tuan puteri.
Promosi Mesin Jahit & Sulam Brother NV955
Harga Tunai: RM2,499 

.
Optional Item pada Harga yg Menarik
• 1200 Design Sulaman: RM Free
• Design Viewer Software: RM Free

Untuk Pembelian Secara Tunai/ Ansuran,
Whatsapp 0123013341

Post a Comment

0 Comments