Looking For Anything Specific?

Header Ads

Pendidikan Anak-anak

Teks & Foto : Rosilawati Wahid

14 November 2015

Berpeluang untuk menghadiri seminar Muslim Homeschooling bertempat di dewan seminar Karangkraf Shah Alam. Alhamdulillah, ianya seminar yang membuka mata saya tentang homeschooling. Rupanya kita tidak perlu berhenti kerja untuk homeschool anak-anak kita.

Saya sebenarnya sedang mencari maklumat untuk persediaan homeschooling Ammar. 2016 akan memasuki usia empat tahun. Walaupun masih awal, tetapi Ammar anak yang cepat belajar. Pada usianya 2 tahun Ammar sudah boleh bercakap tanpa pelat. Pada usia 2 tahun Ammar telah dihantar ke sekolah. Walau bagaimanapun pada pertengahan usia 3 tahun, Ammar telah mula sukar hendak ke sekolah. Sering menangis. Akhirnya kami ambil keputusan untuk memberhentikan Ammar dari tadika.

Sayang sangat. Usia dari awal kelahiran hingga ke 4 tahun adalah usia yang sangat kritikal. Segala ilmu harus diberi kerana pada usia ini kadar penyerapan otak anak-anak adalah pada tahap maksima 85%.  Jadi kelebihan kepada saya adalah saya seorang wahm. Jadi kenapa nak sia-siakan kelebihan yang ada. Cabaran pastinya ada, jadi kena kaji halangan dan cari jalan penyelesaian. Insyaa Allah boleh.

Kemudian saya juga sedang mengkaji tengtang TESL. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk Adini. Selepas melihat jurulatih Idrissi School yang membantu dalam seminar asyik terbayangkan muka Adini sebagai jurulatih. Dia ada bakat itu.

Bila mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Putri Afzan Maria pula terbayangkan Adini juga. Adini hendak menjadi pendidik, mulanya dalam bidang Matematik. Disebabkan dia tidak mengambil subjek Matematik Tambahan, makanya dia terpaksa melupakannya. Bila saya dapatkan pandangan daripada Teacher Zaliza, beliau menyarankan untuk mengambil TESL.

Syarat kemasukan juga tidak terlalu berat. Rasanya Adini akan gembira belajar. Saya membayangkan Adini melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara bagi menjadi seorang pakar dalam bidang yang diambil.

Setiap ibubapa pastikan mahu yang terbaik untuk anak-anak, semoga dipermudahkan.

Post a Comment

0 Comments