Advertisement

Main Ad

Minggu Kedua Persekolahan 2016

Teks : Rosilawati Wahid

Sekejap sahaja sudah habis minggu kedua persekolahan. Alhamdulillah urusan menghantar dan mengambil anak-anak lebih lancar. Kadang-kadang kalut dengan Arsyad yang aktif. Berjalannya adalah melompat, terlalu banyak tenaga. Ammar pula dengan lagak bersahaja dan kadang-kadang suka mengusik Arsyad. Muaz paling kasihan jadi mangsa keadaan, abang Arsyad yang tidak tahu apa-apa, diangkat sahaja Muaz sesuka hati. 


Saya masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang, urusannya padat setiap hari. Mencari ruang tenang dan fokus adalah ketika anak-anak sedang tidur. Samada lewat malam atau awal pagi. Acapkali saya tidak terjaga awal pagi untuk melunaskan kerja kerana keletihan. 

Acara memasak biasanya dilakukan sebelah pagi. Begitu juga dengan urusan kerja rumah akan dilakukan pada sebelah pagi. Kerja-kerja pejabat akan dilakukan pada tengahari iaitu selepas semua sudah ke sekolah petang dan anak-anak tidur. 

Buat masa ini projek jahitan dan kraftangan masih belum dimulakan sebab saya masih menumpukan pada kerja lukisan teknikal. Bilik jahit juga masih dalam proses mengemas, ada barang yang perlu disingkirkan dan ada juga yang perlu diletakkan di tempat yang sesuai. Anak-anak agak suka bermain di dalam bilik jahit ini. Walaupun dilarang mereka tetap teruja dengan peralatan yang mama ada.

Beginilah keadaanya bila bekerja di rumah dengan kehadiran anak kecil. Keperluan mereka adalah lebih utama. Kita harus pandai merancang masa agar ianya seimbang antara anak-anak dan juga kerja.

Catat Ulasan

0 Ulasan