Advertisement

Main Ad

Resipi Bihun Goreng

Teks & Foto : Rosilawati Wahid

Saya masak ikut kegemaran anak-anak dan biasanya disesuaikan sekali untuk bekal mereka ke sekolah. Hari ini bihun goreng. Saya kongsikan resepi di sini. Resepi ringkas sesuai selera kami sekeluarga. Kebiasaanya bahan-bahan yang digunakan mengikut apa sahaja bahan yang ada di rumah, seperti sayur tidak semestinya sawi, ada ketika saya akan masukkan lobak merah jika itu yang ada di dalam peti sejuk.

Alhamdulillah, seadanya.




Bahan-bahan :
1 bungkus bihun Jasmin
1 labu bawang besar
2 ulas Bawang putih (jika suka)
Sayur (kobis/sawi/taugeh)
Isi ayam/daging/fishcake
Kicap
Cili giling
Cili sos
650ml air
2 biji telur (pilihan)

Bahan Hiasan :
Bawang Goreng
Daun bawang

Cara memasak :
1. Tumis bawang hingga naik bau, masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak.
2. Masukkan cili sos, kicap, garam mengikut citarasa.
3. Masukkan isi ayam/daging/fishcake.
4. Masukkan air ke dalam kuali.
5. Masukkan bihun dan sayur.
6. Perlahankan api dan tutup kuali agar bihun lembut dan masak sekata.
7. Gaul dan apabila bihun sudah lembut tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Jika memasak menggunakan periuk Noxxa,
Langkah 1-5 menggunakan fungsi stir-fry
langkah 6 tutup periuk dan tekan fungsi stim selama 3 minit.
Setelah selesai 3 minit, gaul rata bihun dan sedia untuk dihidang.

Catat Ulasan

0 Ulasan