Looking For Anything Specific?

Header Ads

Beg Sunbonnet Sue - Bahagian 1

Beg Sunbonnet Sue - Bahagian 1

Entri 74
Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid


Hari ini saya mencari ruang dan peluang untuk memulakan projek tertangguh. Kit jahitan beg Sunbonnet Sue ini saya beli semasa saya aktif di belajar menjahit di Pusat Latihan Kraftangan Epal. Ianya adalah projek jahitan untuk tahap tiga.


Di Pusat Latihan Kraftangan Epal ada tiga tahap pembelajaran, tahap 1, 2 dan 3. Setiap tahap berlainan tugasan jahitan. Kebiasaannya para pelatih dikehendaki untuk menguasai satu tahap sebelum beralih ke tahap seterusnya.


Gambar ini saya perolehi dari blog PondokCraft

Ini fabrik yang disediakan di dalam kit jahitan. Memang cukup-cukup untuk menyiapkan sebuah beg seperti di dalam gambar. Sesiapa yang baru menyertai Pusat Latihan Kraftangan Epal untuk belajar di sini tak perlu pening nak beli kain apa dan kuantiti banyak mana, semuanya telah tersedia. Jadi kita boleh pergi belajar dengan senang hati. Kit jahitan dijual berasingan.

Semua fabrik telah ditanda mengikut nota yang diberikan.


Aksesori ini juga disediakan, zip besi dan tangkai beg untuk bahagian beg manakala yang dalam plastik tu untuk hiasan.

Langkah pertama :

Potong fabrik A berukuran 3 1/2" x 3 1/2" sebanyak 66 keping. Seterusnya bahagian ini akan disusun mengikut citarasa dan dicantum dengan basi jahitan 1/4".


Jika puan berminat untuk menyertai kelas di Pusat Latihan Kraftangan Epal atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kelas ABDR serta ebook yang ditawarkan, sila sms/whatsapp 0123013341


Post a Comment

0 Comments