Looking For Anything Specific?

Header Ads

Mary Quant Coleto Pen

Mary Quant Coleto Pen 

Entri 73
Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid & Carian Google

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang Coleto ink. Coleto ni adalah keluaran Pilot Jepun. Yang menariknya ianya didatangkan dengan 'barrel' yang pelbagai antaranya corak Mary Quant. Banyak pula tu corak yang menarik tapi saya pilih satu sahaja. Saya order terus dari Jepun melalui Japan Easy Shopper (JES). 

Gambar dibawah adalah sebahagian daripada koleksi Mary Quant.


Saya punya yang ini. Cantik dengan corak bunga warna pastel. 


Ink boleh diisi semula dengan hanya membeli 'refill' sahaja. Buat permulaan saya hanya ada empat (4) warna iaitu biru, hitam, merah dan cherry pink. Saiz mata pena ini cuma 0.4mm sahaja, jadi sesiapa yang biasa menggunakan mata pena yang agak besar (macam saya kebiasaannya menggunakan 0.7mm) bila menulis dengan Coleto ini tulisan jadi halus sahaja. Kualiti ink bagus sebab pen meluncur laju ketika menulis. 




Warnanya adalah seperti gambar di atas. Jadi kalau nak menukar selera bolehlah hanya membeli 'refill' dan boleh suaipadankan warna yang kita inginkan.

Saya terjebak dengan Coleto pen ini daripada adik-beradik Planner Addict Malaysia. Banyak belajar daripada mereka antaranya jenis stamp, nama-nama planner, jenis kertas serta termasuklah pen dan alat tulis yang lain-lain.

Ini adalah salah satu cara saya memberikan penghargaan buat diri sendiri. Ianya sesuatu yang menggembirakan walau ianya hanyalah sebatang pen, sudah cukup membuatkan saya teruja dan gembira.

Post a Comment

0 Comments