Looking For Anything Specific?

Header Ads

Tarikh Umum Keputusan SPM 2015

Tarikh Umum Keputusan SPM 2015

Entri 75
Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Whatsapp

Dalam masa 2 minggu sahaja lagi keputusan SPM 2015 dijangka bakal diumumkan. Bersedia?

Bila diajukan soalan kepada Adini, jawabannya takut. Walau apa pun keputusannya, tawakkal sahaja.



Mengimbau kembali ketika menunggu keputusan SPM 1992 diumumkan. Seminggu sebelum tu saya bermimpi pergi ke sekolah untuk mengambil slip keputusan, nampak dah dapat berapa dalam mimpi tu.

Keputusan diumumkan dan saya hanya mendapat keputusan sederhana. Ada kawan-kawan yang dapat cemerlang dan ada juga yang sama tidak kurang juga yang kurang bernasib baik. Rezeki masing-masing.

Alhamdulillah, dengan keputusan yang diperolehi, saya dapat melanjutkan pengajian ke Politeknik Ungku Omar Ipoh dalam bidang Kejuruteraan Awam dan menamatkan pengajian di sana pada tahun 1995.

Tahun 2016 Adini akan menerima keputusan SPM dan seterusnya bermulalah episod baru dalam kehidupannya. Segalanya Allah sudah tentukan yang terbaik. Alhamdulillah.

Post a Comment

0 Comments