Gam Untuk Fabrik - Blog Sulaman, Jahitan kreatif, Keluarga, Travelog & Resipi

17 Mac 2016

Gam Untuk Fabrik

Gam Untuk Fabrik 

Entri 79
Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Sebelum ini ramai yang bertanya kepada saya di mana hendak mendapatkan gam untuk fabrik, saya syorkan anda ke Spotlight Malaysia yang terletak di Ampang, The Mines dan Ikano Power Center. Bagi yang tinggal jauh usah khuatir, layari sahaja http://www.spotlightstores.com/my/search?text=fabric+glue&x=11&y=9 untuk mendapatkan gam ini. 

Sejak viral di kalangan rakan-rakan felt dan penjahit beg di laman sosial Facebook berkenaan gam fabrik yang digunakan sebelum menjahit zip pada beg, maka saya juga tidak mahu ketinggalan untuk gam fabrik yang dimaksudkan.

Hari Isnin saya ke Spotlight bersama Muaz sebagai peneman. Perjalanan dari rumah ke Spotlight sekitar 30-40 minit sahaja bergantung pada trafik di jalanraya. Saya sampai sekitar pukul 11.00 pagi. Terus sahaja menuju ke arah item yang di kehendaki.

Terlebih dahulu saya terpandangkan pen untuk fabrik ini. Adini pasti suka sebab dia minat dalam kerja tangan melibatkan lukisan pada fabrik. Kali ini cuma ambil gambar sahaja dan dimasukkan ke dalam senarai "wishlist" buat masa ini.


Seterusnya saya terus sahaja menuju ke bahagian rak yang menjual pelbagai jenis gam untuk pelbagai kegunaan. Saya tidak sempat meneliti setiap satu jenis gam kerana Muaz sudah mula tidak selesa. Saya mengambil langkah bijak iaitu dengan mengambil gambar sebagai rujukan juga.


Dan inilah gam yang diperkatakan. Ada dua saiz, yang 250ml dan 125ml. Alang-alang membeli, belilah botol besar sebab tidak tahu bila akan ke Spotlight lagi. Saya membeli dua botol, saya punya hanya satu sahaja, yang satu lagi kiriman daripada teman.



Selepas mendapatkan gam, cuci mata sepanjang jalan untuk ke kaunter. Terpandang bantal yang comel ini. Jika ada yang berminat bolehlah berhubung dengan Sarang Craft by Abby.



Ini pula rak pameran yang memikat hati. Semoga suatu hari nanti saya akan mempunyai rak pameran begini.



Inilah hasil belian saya pada hari tersebut. Sesungguhnya saya hanya membeli empat item sahaja. Sungguh berhemah rasanya. Insiden masa di kaunter pembayaran, letak semua barang di atas kaunter sekali tengok dompet tertinggal di dalam kereta. Terpaksa ke parkir dan naik semula untuk membuat pembayaran. Harus lebih peka setiap masa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan