Resepi Nasi Goreng Telur - Blog Sulaman, Jahitan kreatif, Keluarga, Travelog & Resipi

19 Jun 2016

Resepi Nasi Goreng Telur

Entri 86 | Resepi Nasi Goreng Telur

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Nasi goreng telur ni sebenarnya anak-anak yang suka makan. Kalau masak nasi putih dan lauk 3 cawan nasi tu boleh makan bersahur sekali, tapi kalau masak nasi goreng telur ni 3 cawan tu tak cukup. Siap berebut-rebut lagi. Kalau tidak diketepikan, orang belakang tak merasa jawabnya.

Ini dua orang anak besar tak ada, kalau semua ada mau kena masak 5 cawan baru cukup. Sebelum ni bukan tak pernah masak nasi goreng, tapi nasi goreng kali ni dah ada penambahbaikan. Rasa lebih sedap padahal masak sama je. Bahan-bahan pun asas sahaja.

Asalnya nasi goreng ni saya masak menggunakan bahan apa sahaja yang ada di dalam peti sejuk. Saleri dan lobak merah memang sentiasa ada. Saya suka masak jenis "one-pot-meal". Semua ada dalam satu masakan, sayur dan protein semua cukup. Ringkas untuk nak jamu anak-anak makan. Maklum dengan ada anak kecil, masak kena cepat dan ringkas.

Saya kongsikan resepi ringkas cara saya masak nasi goreng (anak-anak kalau mama tak ada boleh le guna resepi ni nanti).


Bahan-bahan :
Nasi putih (dari 3 cawan beras)
2 biji bawang - dimayang
10 tangkai cili padi - dipotong kasar
1 batang saleri - dipotong kasar
1 batang lobak merah - diparut kasar
4 biji telur - digoreng scramble terlebih dahulu
1/2 cawan kicap cair.
Garam (jika perlu)
Sedikit minyak masak untuk menumis.

Cara memasak :
Tumiskan bawang dan cili padi hingga layu kekuningan.
2. Masukkan saleri dan tumis hingga agak layu.
3. Masukkan nasi dan lobak merah - gaul rata
4. Masukkan kicap dan telur. Gaul lagi hingga semuanya sebati.



Bawang + cili padi + saleri ditumis hingga layu.



Siap untuk dihidang.

Kalau nak masukkan daging, udang, ayam atau apa sahaja menggantikan telur pun boleh juga. Sayur pun begitu, kalau masukkan brokolli nasi goreng akan nampak lebih menarik.

Sebelum ni saya tidak pernah menggunakan kicap cair, baru-baru ni saya mencuba menggunakannya. Sungguh! Rasa nasi goreng lebih sedap. Warna nasi goreng pun lebih cerah berbanding menggunakan kicap pekat.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan