Looking For Anything Specific?

Header Ads

Pengalaman Bisnes Pertama Menjahit Pukal

Pengalaman Bisnes Pertama Menjahit Pukal

Teks : Rosilawati Wahid
Foto :

Bagaimana saya bermula?

Tahun 2001 saya tinggal di Shah Alam dan berjiran dengan kak Tina yang mempunyai kedai jahit. Saya membantu kak Tina untuk menyiapkan tender jahit pukal baju kurung sempena hari raya. Upahnya RM5.00 sehelai. Hanya untuk kerja-kerja mencantum baju sahaja. Semua disediakan, benang dan bahagian baju siap dipotong. Saya lakukan secara sambilan sebab saya bekerja. Sehari saya siapkan antara 5-10 helai. 

Menjahit pukal walaupun upahnya nampak sedikit tapi jika dikira volume ianya adalah banyak. Jika 10 helai sehari, 10 hari sudah dapat 100 helai. Jumlah yang diterima RM500.00. Jumlah ini adalah besar untuk pekerjaan sambilan.

Kesimpulan

Jika ingin menjadi tukang jahit pukal anda perlu bersedia dari segi berikut,

1. Komitmen masa. 
Menjahit pukal perlu disiapkan dalam masa yang sangat pendek. Jadi perlu fokus untuk menyiapkan sesuatu tender dengan cepat.

2. Kualiti
Walaupun ianya jahitan pukal, kualiti adalah ciri paling penting. Jadi persiapkan diri dengan skil menjahit yang diperlukan mengikut standard yang ditetapkan.

3. Bayaran.
Bayaran untuk jahit pukal biasanya murah kerana ianya melibatkan volume. Jadi, kena tetapkan mindset bahawa jahit pukal bayarannya adalah lebih rendah daripada upah jahit biasa.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments