Menu Ringkas Hujung Minggu

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Hari ni keluar dengan anak-anak untuk membeli stok felt yang dah habis. Felt warna coklat cair untuk projek felt dress-up doll. Anak-anak ternanti-nanti nak main. 

Selesai urusan di Seri Kembangan terus ke Bandar Bukit Puchong, beli stok barang dapur pula. Begitulah rutin setiap hujung bulan. Biasanya beli barang keperluan rumah sebulan sekali je. Balik siap-siap beli ayam panggang dan bahan untuk sup campur cendawan.

Walaupun masakan ringkas untuk makan malam anak-anak makan bertambah-tambah. Amni yang kata tak makan sup cendawan pun bukan main berselera lagi. Kononlah tak nak makan cendawan, sekali bila dah rasa, dia yang lebih. Adibah memang kegemarannya sup cendawan, letak kuah banjir. Nasi habis dulu kemudian hirup kuah.

Menu Ringkas Hujung Minggu


Ayam percik 

Ayam percik panggang - RM13.90 seekor

Sup cendawan campur

Sup cendawan campur

Cendawan
Saderi
Lobak merah

Alhamdulillah, mudah dan murah untuk hidangan sekeluarga serta berkhasiat. Syukur anak-anak tidak memilih makanan sangat. Masak pun yang biasa-biasa je, maklumlah keluarga besar harus berjimat cermat.

0 comment... add one now