Looking For Anything Specific?

Header Ads

Kelas FMQ Daripada Anna Patchwork House

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Sabtu 8 Oktober 2016 berlangsung kelas free-motion quilt bertempat di Rayyanah Raudhah, Subang Jaya.

Dapat juga bertalaqi berdepan dengan cikgu patchwork and quilting ni. Selama ni berguru dengan cikgu Youtube, jauh benar bezanya. Kena mengadap cikgu baru ada yang betulkan apa yang silap.

Kelas FMQ Daripada Anna Patchwork House


Cikgu Anna menunjukkan cara yang betul sebelum, semasa dan selepas melakukan free-motion quilting. Tekun anak murid memerhati, tidak mahu tinggal ilmu yang diperturunkan oleh cikgu. Baby kecil tu pun berminat juga.



Akak yang tekun mempraktikkan ilmu yang cikgu ajar. Adibah ambil gambar pun tak perasan bukti betapa tekunnya akak waktu ni. Seronok dapat belajar banda baharu.



Ini jarum yang cikgu Anna gunakan semasa basting. Selama hari ni guna gam fabrik, hari ni belajar teknik basting jelujur. Jarum yang digunakan semasa basting agak panjang dan tajam, mampu menembusi 3 lapisan fabrik quilting. Boleh dibeli di Spotlight.



Rayannah Raudhah menyediakan sudut minuman, ada teh dan kopi, boleh layan diri.

Post a Comment

0 Comments