Aktiviti Busybook - Lebah

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Pagi ini menyiapkan busybook aktiviti lebah.


Di dalam aktiviti ini anak-anak akan dilatih kemahiran motor halus dengan aktiviti zip. Di dalam sarang terdapat empat ekor lebah yang berloceng. Apabila digoyangkan loceng akan mengeluarkan bunyi yang menarik minat anak-anak.

Antara penceritaan yang boleh disampaikan adalah lebah keluar daripada sarangnya. Lebah menghisap nektar di pokok bunga dan kembali ke sarang untuk membina sarang dan madu.


Lebah juga ada disebut di dalam Al-Quran melalui surah  An-Nahl [16]

Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang dibukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina manusia, 
.
kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan lalu turutlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minumam (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.
(QS. Surat An-Nahl [16] : 68-69).


1 comment... add one now

Geng Surirumah Geng Surirumah December 10, 2016
salam perkenalan dari GS,banyak perkongsian yang menarik dan boleh juga di lakukan anak-anak sebagai aktiviti musim cuti sekolah bersama ibu mereka.