Penulis Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Nama sinaganaga, siapa dia tu? Tak pernah kenal pun.

Sesungguhnya akak tak pernah nak kisah pun tentang siapa penulis buku cerita kanak-kanak sehinggalah akak menyertai sebuah bengkel My First Picture Book anjuran BooKoo Studio. Pertama kali juga berkenalan dengan penulis buku kanak-kanak yang bernama Sinaganaga

Ada ramai penulis buku bergambar untuk kanak-kanak di Malaysia. Antara nama yang akak kenal seperti Tuan Yusuf Gajah dan Emila Yusof. Sangat mengkagumi hasil seni mereka. 


Kasut belang hilang adalah hasil karya Tuan Sinaganaga. Sebagai penulis buku bergambar untuk kanak-kanak, ilmu yang disampaikan mesti tepat. Bukan sekadar cerita, tapi lebih kepada mesej yang ingin disampaikan.




Buku All About Gragong pula menceritakan tentang seekor anak katak yang bernama Gragong sudah jemu makan nasi lemak yang dimasak oleh emaknya. Dia pun keluar hendak mencari makanan selain nasi lemak sehingga akhirnya ada seekor ular yang panjang hendak memakannya. Akhirnya Gragong diselamatkan oleh seekor kerbau bernama Karabau.




Sebuah bengkel yang sarat dengan ilmu yang sangat bermanfaat. Berimaginasi untuk menghasilkan buku bergambar kanak-kanak menggunakan anak-anak sendiri sebagai avatar. Insyaa Allah. Dunia kanak-kanak ini sangat menyeronokkan. 

0 comment... add one now