Looking For Anything Specific?

Header Ads

Cuti Tahun Baru

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Google


Cuti hari Natal dan tahun baru. 

Setelah berbincang dengan encik suami, akak ambil keputusan untuk bercuti kedai online selama seminggu bermula 24/12/2016 hingga 3/1/2017. Pada mulanya akak bercadang nak balik kampung untuk memenuhi jemputan kenduri. Kemudian rupanya di Melaka juga ada jemputan kenduri. Al-Amin pun ada perlawanan bola sepak Sabtu dan Ahad ini, jadi rasanya rancangan untuk balik bercuti di kampung terpaksa dibatalkan.

Akak jarang memandu sendiri untuk balik ke kampung. Biasanya balik sekali dengan encik suami. Pernah sekali balik masa cuti tahun baru Cina beberapa tahun yang lepas, terperangkap dalam kesesakan sehingga 5 jam baru tiba di kampung. Sepanjang yang akak ingat, mungkin baru 2-3 kali sahaja yang akak balik memandu sendiri dengan anak-anak sepanjang 19 tahun bernikah. 

Seminggu lagi anak-anak dah mula bersekolah. Persiapan terakhir minggu ni. Minggu depan dah tak risau apa-apa dah. Semoga dipermudahkan urusan anak-anak yang bakal meneruskan sesi baru persekolahan.

Post a Comment

0 Comments