Looking For Anything Specific?

Header Ads

Tidak Dapat Berurusan Di Poslaju Pandu Lalu

Tidak Dapat Berurusan Di Poslaju Pandu Lalu 

Teks : Rosilawati Wahid 
Foto : Rosilawati Wahid 

Hari ini akak menghantar pesanan pelanggan menggunakan poslaju. Sampai sahaja ke pusat poslaju bangi, seperti biasa akak terus sahaja ke kaunter pandu lalu. Hanya ada sebuah kotak mesin scan n cut yang perlu dihantar.

Tiba sahaja di sana, apabila akak mengeluarkan kotak, pegawai poslaju terus menyatakan bahawa harus ke kaunter kerana ruang sudah penuh. Allahu. Parking di situ agak penuh. Jujurnya akak sedikit kecewa di situ kerana akak nak cepat untuk menghantar pesanan mesin jahit juga di Skynet Puchong.

Namun, akak akur. Harus juga ke kaunter. Alhamdulillah kerana yang menunggu tidak ramai. Hanya akak seorang.


Walaupun terpaksa ke kaunter, Allah masih mudahkan dengan menyegerakan urusan. Pertolongan Allah didatangkan dalam pelbagai bentuk. Kita bersangka baiklah selalu.

Post a Comment

0 Comments