Hari Pertama Pra-sekolah

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid


Hari pertama Ammar ke sekolah. Sangat bersemangat. Bangun seawal 5 pagi, mandi dan bersiap sebelum bersarapan dan bergerak ke sekolah,


Tahun ini Ammar telah bersedia untuk ke sekolah. Tiada drama air mata. Dia sendiri yang hendak belajar. Senang hati mama dan papa. Tahun-tahun sebelum ini Ammar memang tidak mahu ke sekolah walaupun dia sebenarnya telah menyertai playgroup dari umur 2-3 tahun. Umur 3 tahun hanya bersekolah separuh tahun. 






Tiba di sekolah dia masuk sendiri dan memilih tempat duduknya sendiri. Dia seronok nampaknya. Ada rakan yang sedih ditinggalkan ibubapa. Anak kecil yang belum mengerti. Insyaa Allah seminggu dua ini akan biasalah tu nanti.



Macam biasa, papa akan memberi sokongan moral buat anakanda. Memberi amanat sepatah dua kata sebelum pergi kerja.



Sebahagian ibubapa yang menjadi saksi anak mereka belajar di sini. Memberi sokongan kepada anak-anak dengan iringan doa agar anak-anak mendapat ilmu yang berkat dan bermanfaat serta menjadi anak-anak soleh/solehah berjaya di dunia dan akhirat.

Sebenarnya apabila anak melangkah masuk ke tadika sahaja, masa terasa laju sangat. Sedar tak sedar tahu-tahu je anak dah nak melangkah keluar dari alam persekolahan. Begitulah lumrah kehidupan. Bersyukurlah kita diberikan kesempatan untuk menghantar anak ke sekolah, ada yang ketiadaan ibubapa. 

Menjaga amanah Allah selagi hayat dikandung badan. Semoga dipermudahkan.


0 comment... add one now