Resipi Roti Arab / Puri

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid



Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
2 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam
180ml air suam

Cara membuatnya :
- Satukan tepung + yis + gula + minyak + garam.
- Masukkan air suam dan uli hingga sebati. 
- Rehatkan doh selama 1 jam.
- Bila doh dah mengembang.. tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
- Tabur tepung atas papan pencanai supaya adunan tidak melekat. Uli dan canai ikut saiz yang dikehendaki.
- Goreng dalam minyak panas. Sambil goreng siramkan minyak panas supaya roti kembung.


Selamat mencuba.

0 comment... add one now