Advertisement

Main Ad

Bahaya Bengkak Gusi

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Amni mengadu tentang gusinya yang bengkak. Akak nasihatkan dia untuk bersihkan celahan gigi kerana mungkin ada sisa makanan yang sangkut dan berkumur dengan air garam suam untuk meredakan bengkak. 

Dua tiga hari keadaannya tidak juga reda sehinggalah akak perasan dagu kanannya telah membesar. Hari Ahad 22 Januari 2017 akak membawanya ke klinik pergigian Zara di Puchong Prima. Akak tahu pada ketika gusi bengkak sememang doktor tidak dapat melakukan apa-apa rawatan. Cuma mungkin akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan juga antibiotik. 

Setelah dirujuk kepada doktor gigi, Amni dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan antibiotik. Pesan doktor jika masih tidak surut juga bengkaknya, Amni perlu dirujuk ke hospital. Atau jika dalam tempoh lima hari bengkaknya masih tidak reda perlu ambil x-ray.

23 Januari 2017 bengkak di muka Amni nampak sangat ketara. Dia tidak mengadu sakit tapi keadaannya tidak selesa. Petangnya terus ke unit kecemasan dan trauma Hospital Putrajaya.



Menunggu di unit kecemasan memang lama kerana kes kita bukanlah yang terlalu kritikal. Itu normal. Haruslah bersabar. Beri laluan kepada yang lebih memerlukan rawatan segera. Akhirnya pada pukul 6.30pm baharulah giliran kami tiba. Alhamdulillah.


Ini wajah Amni pada ketika dia dirujuk di Hospital Putrajaya. Semasa dimasukkan ke wad dagunya telah makin membesar. Namun dia tetap seperti biasa, tidak menunjukkan sebarang kesakitan.

Gambar x-ray menunjukkan cyst di gusi

24 Januari 2017 dari wad Amni dibawa ke klinik gigi hospital. Sebelum sebarang prosedur dilakukan x-ray diambil. Dan setelah diteliti oleh pakar pergigian, didapati ada kelainan yang tedapat di dalam gusi Amni.


Pertama kali dengar tentang cyst dalam gusi. Biasa dengar cyst di dalam rahim atau di lain-lain bahagian selain gusi. 

Doktor memutuskan untuk mencabut gigi yang rosak dan Amni diberikan antibiotik. Cyst gusi tersebut perlu dilakukan biopsy untuk mengetahui jenis dan rawatan yang perlu diberikan kepada Amni kelak.

Sememangnya kami langsung tidak tahu akan kewujudan cyst ini. Asbab bengkak gusi dan imbasan x-ray baru tahu adanya ia di situ. 

Sebagai mama memang risau dan berdebar-debar. Mungkin ianya biasa tidak bahaya cuma melihatkan anak sekecil Amni melalui segala prosedur kasihan sangat. Dengan izin Allah Amni kuat. Mama mesti kuat juga untuk memberikan semangat kepada Amni.

Doktor memberikan tarikh 6 Februari 2017 untuk temujanji serta penetapan tarikh biopsy.

Catat Ulasan

0 Ulasan