Kopiah Kait Kanak-kanak


Kopiah Kait Kanak-kanak

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid


Selepas melihat hasil dari sepupu yang mengait kopiah dan juga rakan yang pandai mengait menghasilkan pelbagai produk dari benang kait, akak rasa "macam boleh buat juga". Mencari tutorial di youtube dan Facebook menemukan kepada pautan Hobiku Mengait. Berpandukan tutorial di Youtube dan diagram yang diberikan, maka terhasillah kopiah untuk saiz kanak-kanak ini.






Benang kait akak lebih suka pilihan jenis kapas dan akak dapatkan daripada DMMZI - Craft Supply. Terdapat pelbagai pilihan dan harganya juga murah. 

Jika kreatif bolehlah menggandingkan warna untuk menghasilkan corak atau menulis nama pada kopiah kanak-kanak ini. Akak lebih sukakan warna senada, tapi mungkin akan cuba untuk kaitkan corak bintang pada bahagian tapak kopiah ni nanti.


2 comments.. read them below or add one

cik leanora R cik leanora R March 16, 2017
assalamualaikum, bole x buat video mcm mna buat kopiah ney..
nak sangat belajar. dah buat banyak kali tp tetap juga gagal huhuhu
Rosilawati Wahid Rosilawati Wahid March 22, 2017
Insyaa Allah, nanti saya buatkan.