Perkhemahan di Sungai Chiling - Blog Sulaman, Jahitan kreatif, Keluarga, Travelog & Resipi

12 Mac 2017

Perkhemahan di Sungai Chiling

Hari Sabtu 19/02/2011 kami memulakan perjalanan ke Sungai Chiling pada jam11.30am. Kami memilih lebuhraya PLUS arah utara. Keluar di tol Tanjung Malim. Dari tol ambil simpang ke kanan menghala ke Rawang. Perjalanan kami melalui daerah-daerah kecil seperti Kalumpang dan Kerling. Sampai Dataran KKB di kiri jalan, belok ke kiri menghala ke pekan Kuala Kubu Bharu/Bukit Fraser.

Setelah lebih kurang 10-15 minit memandu, kami tiba di pekan Kuala Kubu Bharu. Dari pekan ke empangan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit juga. Pemandang hijau di kiri kanan jalan mendamaikan jiwa.


Masyaa Allah. Pemandangan yang indah. kami berhenti sejenak untuk mengabadikan kenangan di sini.




Kami meneruskan perjalanan. Memandu perlahan menulusuri jalanraya yang lengang sambil menikmati pemandangan tasik yang cantik amat mendamaikan, Sedar-sedar kami telah tiba di pintu gerbang santuari ikan kelah yang berdiri megah di kanan jalan.


Kereta diparkir di tepi jalan sahaja, tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan santuari. Bermulalah pengembaraan jalan kaki ke tapak perkhemahan. Jalan kaki tak jauh sangat, mengambil masa 30 minit dengan berjalan sangat perlahan dan 3-4 kali berhenti rehat. Penat walaupun dekat.



Nampak tak berapa banyak barang yang kami bawa. Amni masa 4 tahun pun kena tolong bawa keperluan sendiri.


Ketibaan kami disambut dengan papan tanda selamat datang ni. Yang kelihatan di belakang sana adalah pejabat santuari ikan. Di situ kita kena mendaftar untuk bermalam di sini. Selesai mendaftar kami terus ke tapak perkhemahan dan set khemah dan yang paling penting sediakan makanan. Masing-masing sudah kelaparan.


Hari ni tiada aktiviti, esok baru trekking meredah hutan dan mengharungi sungai. Anak-anak pasti teruja.


1 ulasan: