Perjalanan Menuju Kejayaan


Perjalanan menuju arah kejayaan itu berbeza untuk setiap individu. 
Ada jalannya dekat, ada jalannya berliku.
Tetapkan matlamat, buat keputusan dan bertindak.


.
Contoh :
Encik A hendak makan lontong di JayBee. Encik A tidak tahu arah, sama ada arah kanan atau arah kiri. Encik A berhenti di persimpangan dan memikirkan arah mana tanpa sebarang keputusan. Fikir, fikir dan fikir, akhirnya Encik A masih di persimpangan.
.
Encik B juga hendak makan lontong di JayBee. Encik B tidak tahu arah, sama juga macam Encik A. Encik B berfikir sejenak dan membuat keputusan untuk mengambil simpang ke kanan. Setelah memandu sejauh lebih 10 km, ada papan tanda u-turn untuk ke JayBee. Encik B memandu mengikut arahan papan tanda dan apabila melalui persimpangan tadi beliau nampak Encik A yang masih berada di situ.
.
Siapa yang sampai dahulu ke destinasi? Tentulah Encik B yang bertindak mengikut justifikasi beliau.
.
Rosilawati Wahid 

1 comment... add one now

Adam Adam April 16, 2017
Yg lain sa y a paham tapi peta saya tak paham, sebab tulis orang putih,