Panduan Menyemak Panggilan Penilaian Analisa Jurang dan Temuduga CIAST Untuk Calon VTOEM Fast Track-Single Tier

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Permohonan untuk Program Vocational Training Officer (VTO), Vocational Training Executive (VTE), Vocational Training Manager (VTM) secara fast track dan single-tier melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang dibuka pada 1 Oktober 2014 telah ditutup pada 30 Sept 2016.

Calon sepatutnya telah menyiapkan portfolio yang diperlukan dan menunggu panggilan untuk penilaian analisa jurang atau temuduga. 


Calon akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas.


Setelah menerima maklumat tersebut, calon bolehlah melayari laman web CIAST

Di halaman utama, scroll hingga ke bawah. Di ruangan PAUTAN PANTAS, pilih VTO/E/M FAST-TRACK



Calon akan dibawa ke halaman berikut. Pilih semakan panggilan penilaian analisa jurang kompetensi & temuduga. 



Seterusnya calon hanya perlu mengikut arahan yang diberikan.




Paparan berikut akan terpapar selepas calon klik pada pautan di atas. Calon perlu memasukkan nombor mykad. Setelah itu klik butang semak. Maklumat peserta penilaian program akan terpapar. Seterusnya ikut arahan yang diberikan pada skrin.



Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang terlibat dengan program fast-track VTO/VTE/VTM.

0 comment... add one now