Juara Hoki Perempuan Bawah 11 Tahun MSSD Sepang 2017

Teks : Rosilawati Wahid
Foto :

Pada 27.9.2017 telah berlangsung pertandingan hoki bawah 11 tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sepang. Pertandingan diadakan di Pusat Sukan UPM Serdang. Pertandingan ini disertai dari beberapa buah sekolah dari daerah Sepang.
Cuaca baik Alhamdulillah.
Pengalaman pertama untuk anak-anak menyertai pertandingan sebegini. Pada awal perlawanan kelihatannya agak canggung bila berdepan dengan pasukan lawan, namun perlawanan seterusnya mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.
Bermula dengan perlawanan dalam kumpulan bagi mencari juara kumpulan, mereka berjaya mara ke separuh akhir. Di separuh akhir mereka bermain hingga ke pukulan penalti yang membolehkan mereka mara ke pusingan akhir.
Di pusingan akhir juga mereka berentap hingga ke pukulan penalti. Alhamdulillah, rezeki memihak kepada anak-anak ini yang berjaya merangkul tempat pertama (perempuan) dan tempat ketiga (lelaki) hoki MSSD bawah 11 tahun bagi daerah Sepang.
Terima kasih buat semua guru-guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga memberikan tunjuk ajar buat anak-anak ini. Tahniah buat semua pemain yang terlibat dan berjaya membawa pulang pingat dan sekaligus mengharumkan nama sekolah.
Tahniah semua!

Jurulatih menyampaikan pesanan sebelum perlawanan bermula.

Berehat sebelum perlawanan sambil menyaksikan perlawanan pihak lawan.




Jaringan penalti yang memberi kemenangan pada pasukan sekolah sktpp1.



0 comment... add one now