Tips Menghadiri Acara Sukan Bersama Anak Kecil - Blog Sulaman, Jahitan kreatif, Keluarga, Travelog & Resipi

16 Oktober 2017

Tips Menghadiri Acara Sukan Bersama Anak Kecil


Teks : Rosilawati Wahid 
Foto : Rosilawati Wahid 


Pada 11 Oktober 2017 yang lalu Adibah terpilih menyertai pertandingan hoki bawah 11 tahun Majlis Sukan Sekolah Selangor. Dia mewakili daerah Sepang.

Mama teruja hendak memberikan sokongan moral. Perlawanan diadakan di Padang Hoki Sekolah Menengah Pengkalan Permatang, Kuala Selangor. Tuan Suami tidak dapat turut serta, jadinya saya perlu memandu bersama anak-anak yang lain, Amni (11), Ammar (5), Arsyad (4) dan Muaz (2).

Mujur ada Amni, dapatlah dia membantu mengawasi adik-adiknya disepanjang perjalanan dan ketika di padang hoki.

Seperti biasa, keperluan asas untuk anak-anak perlu disediakan demi ketenangan fikiran. Berikut adalah senarai keperluan yang biasa dibawa jika menghadiri sebarang acara.

Senarai keperluan anak-anak

  1. Sepasang persalinan setiap seorang.
  2. Lampin pakai buang
  3. Tisu basah
  4. Makanan kudapan 
  5. Permainan kecil kesukaan anak-anak
  6. Tuala kecil

Senarai keperluan aktiviti

  1. Tikar
  2. Bangku lipat
  3. Makanan 
  4. Air
  5. Kudapan

Ketika di padang, cari kawasan teduh dan ada ruang untuk anak-anak bermain. Hamparkan tikar dan sediakan makanan serta minuman. Kebiasaannya lepas main berkejaran, anak-anak ni cepat lapar dan haus. 


Pastikan anak-anak kenyang dan selesa. Mereka akan bermain dengan gembira. Anak-anak minta belikan aiskrim, mam layan. Terkena baju pun tak apa, nanti sebelum pulang kita ganti dengan baju yang bersih.


Bangku lipat serbaguna (dalam gambar berwarna hijau) juga sangat berguna. Sesuai dengan namanya serbaguna kan. Saya beli di DIY D'Pulze Cyberjaya. Berfungsi sebagai tempat duduk atau boleh juga dijadikan alas bekas air minuman.


1 ulasan:

  1. Bagus tips ni bagi anak kecil. Tau2 je lah kalau dh pergi Hari sukan Tu mmg budak2 x selesa

    BalasPadam