Demam Denggi - Demam Panas Yang Tiba-tiba

Teks : Rosilawati Wahid 
Foto :

9 April 2018

Hari ini saya masuk ke ofis tengahari selepas menguruskan Amin. Sebelum tu singgah di McD Taipan USJ 10 untuk membeli mocha smoothy yang sedap tu.

Tiba di pejabat, terus duduk dan 'ON' komputer. Waktu tu memang waktu rehat. Cheah dan Encik Jai lelap di tempat duduk masing-masing, Saya pun menikmati mocha smoothy yang dibeli tadi tanpa menghiraukan sekeliling.

Selesai 3/4 daripada minuman mocha tadi, badan terus rasa semacam. Sejuk menggigil. Suhu badan terus mendadak naik. Kepala berdenyut yang teramat. Saya kira ianya 'brain freeze' gara=gara mocha smoothy yang terlalu sejuk.

Balsam cap Lang disapu beberapa kali di kepala dengan harapan sakit kepala akan segera hilang. Hampa. Sakit kepala masih terus menyerang tanpa belas kasihan. 

Duduk tak kena, saya berbaring di dalam surau seketika. Masih juga tidak menunjukkan keadaan akan bertambah baik. Badan menggigil kesejukan. Saya pinjam jaket encik Jai untuk menahan sejuk, masih tidak mampu menghalang rasa sejuk yang terlampau. Penghawa dingin juga dimatikan. Sejuk!

Akhirnya saya menyerah kalah. Tepat 5.30pm saya tidak dapat bertahan lagi. Terus pulang ke rumah. Tidur. Dengan harapan selepas jaga dari tidur demam ini akan segera kebah dan sakit kepala juga akan segera hilang.
Demam Denggi - Demam Panas Yang Tiba-tiba

0 comment... add one now