Catatan Harian | Tips Mengemas Setor - Blog Sulaman, Jahitan kreatif, Keluarga, Travelog & Resipi

01 Julai 2018

Catatan Harian | Tips Mengemas Setor

Teks : Rosilawati Wahid
Foto :
.
Hari ini memang tetapkan matlamat untuk mengemas setor.
Banyak barang yang perlu disingkirkan.
.
Dibantu oleh Adibah dan Amni pada awal sesi.
Sesi penyingkiran dibantu Tuan suami dan Al-Amin.
.
Lebih 50% 'junk' telah dapat disingkirkan dari dalam setor.
Ada ruang untuk bergerak, tidak seperti sebelumnya.
Rasanya perlu lebih kerap untuk proses 5S pada seluruh rumah.
.

Tips mengemas setor


  1. Keluarkan semua barang-barang.
    .
  2. Sapu dan bersihkan habuk.
    Tutup hidung, habuk banyak dalam setor.
    .
  3. Susun dan sisih semua barang.
    Asingkan mengikut kategori seperti yang hendak dibuang, disimpan dan dikitar semula.
    .
  4. Masukkan semula barang yang perlu disimpan mengikut susunan yang telah ditetapkan.
    Ini bertujuan untuk memudahkan kita mencari barang kelak.
Kata kawan kami, setor adalah tempat bertenang sebelum barang-barang tersebut dikeluarkan.
Saya setuju juga dengan pendapat beliau.
.
Masa buang barang-barang yang rosak dan tidak diperlukan tadi, terdetik di hati, jangan beli barang yang tidak perlu. Minima. Kurangkan membeli, cuba guna apa yang dah ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan