Looking For Anything Specific?

Header Ads

Perasaan Mama - Anak Perempuan Menikah

Teks : Rosilawati Wahid 
Foto :


"Awak sudah bersedia?" 

.
Soalan yang dilontarkan oleh sahabat dunia akhirat saya. 
Sesungguhnya tiada jawapan untuk itu. Perasaan yang sangat sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.
.
Saya mengadu dengan tuan suami akan 'rasa' itu.
"Sayang kena ingat balik kenapa Sayang setuju dengan pernikahan ini."
.
Ya. Jawapannya adalah terletak pada saya, mamanya. Saya melepaskannya semata-mata kerana Allah. Jadi saya harus redha melepaskan anak perempuan kesayangan yang seorang ini. Cinta pertama saya sejak dari dalam rahim lagi. 
.
"Demi Allah mama redha dengan pernikahan kakak."
.
Image may contain: one or more people, people standing and wedding

Rasa kesedihan yang sangat mendalam di lubuk hati sanubari.

.
Dalam hati, saya tahu saya akan kehilangan 'kawan' sekali lagi. Tiada lagi teman bercerita. Saya sangat 'clingy' dengan anak-anak, ingin selalu ada bersama. Ada rasa kesedihan yang sangat mendalam di lubuk hati sanubari. Anak yang dikandungkan, dilahirkan dengan penuh perjuangan, dibesarkan dengan cinta dan kasih-sayang akhirkan terpaksa dilepaskan. Seakan ada yang hilang begitu sahaja.

Sedih kerana saya tahu anak perempuan saya akan sibuk dengan kehidupan baharunya kelak dan pastinya sudah kurang waktu untuk kami. Sebagai isteri tentunya tumpuan utamanya akan beralih kepada suami. Rasa khuatir juga menyelubungi perasaan ini. Adakah anak saya akan dijaga dan dilayan dengan baik setelah menikah nanti?. Bagaimanakah kehidupannya kelak? 1001 satu persoalan yang bermain di benak. Tidak terucap akan 'rasa' itu. Namun inilah perjalanan hidupnya yang telah diatur Allah dengan begitu sempurna. Menikah pada usia muda. Demi Allah, kerana sayang, saya merelakan. Saya redha. 

Ada yang bertanya, 
"Kenapa you agree your daughter menikah muda? Biarlah dahulu. Tak perlu terburu-buru. Biar kerja elok-elok dan 'enjoy' life bujang dahulu."

Susah juga untuk saya memberikan jawapan untuk soalan tersebut. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Doa saya sentiasa mengiringi perjalanan hidup anakanda puteri. Selagi hayat dikandung badan, kasih-sayang tidak pernah berkurang. 

Walau ada anak lain, namun manakan sama dengan anakanda puteri yang satu ini. Pelbagai cabaran dan pengalaman yang kami lalui bersama. Susah dan senang, suka dan duka. 20 tahun lamanya kami bersama. 

Kini setelah hampir dua bulan anak perempuan saya mendirikan rumahtangga, saya masih lagi menyesuaikan diri dengan kehadiran ahli keluarga baharu. Menyesuaikan diri dengan keadaan saya tidak boleh kerap mencari teman berbicara. Saya menyesuaikan diri dengan semua keadaan. 

Post a Comment

0 Comments