Looking For Anything Specific?

Header Ads

Kelas Jahitan Baju Melayu RM15

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid


Kelas jahitan baju melayu lima belas ringgit, mana nak dapat?

.

.
Nak cerita hari ni kami menghadiri kelas baju melayu dan baju melayu moden di Bak's Creation & Services Sdn. Bhd. untuk kesekian kalinya. Terima kasih Puan Bak dan cikgu-cikgu yang share ilmu. Hari ni juga merupakan hari dalam sejarah sebab berpeluang bergambar dengan puan Bak, selalu tak ada chance sebab kami balik awal sikit, depa ambik gambar dah hujung kelas. Tengahari ada doa selamat ringkas sempena nak sambut Ramadhan dan jamuan makan.
.
Berbalik kepada cerita baju melayu. Kami rasa macam susah ja nak hadam. Dah berapa orang guru masih rasa susah jugak. Kena rebus nota kemudian minum airnya baru boleh paham kot. Aisshh.. tak kan lah. Kena prektis je bagi sampai jadi. Kemudian ulang kali prektis sampai dapat jahitan yang cantik dan kemas. Itu je petuanya. Vitamin R kena topup bagi lebih.
.
Jangan pernah rasa ilmu dah cukup di dada, sebabnya akan sentiasa ada ilmu yang baharu. Belajar teknik lain-lain dari setiap guru. Kemudian apply ikut mana yang kita selesa dan mudah bagi kita. Tak semestinya dalam jahitan. Apa jua bidang pun sama. 
.
Doakanlah kami sempat menjahit baju melayu untuk tok imam dan tok bilal dalam rumah ni. Dua dewasa dan tiga kanak-kanak. Tiap-tiap tahun memang berazam nak menjahit baju melayu untuk depa pun, sekali dua je terlaksana, selebihnya kita beli siap je. Senang tak payah fikir. 
.


Image may contain: ‎‎10 people, ‎including Bakiah Mohd Tahir, Rosilawati Wahid and ‎ياسÙ…يÙ† يوÙ„يانتينا حاسران‎‎‎, people smiling, people standing‎

Image may contain: 3 people

Image may contain: 7 people, including Zuria Karim and Rosilawati Wahid, people standing and indoor


Image may contain: Rosilawati Wahid, sitting, eating, table, food and indoor

Post a Comment

0 Comments