Entri 15 - Mesin Jahit Harga Di Bawah RM500.00
Teks : Rosilawati WahidFoto : Google
UPDATE 4/1/2017
Mesin ini OUT-OF-STOK
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebagai penjual mesin jahit secara online, Sheila mendapat pelbagai pertanyaan berkenaan mesin jahit. Tidaklah merasakan diri sebagai pakar, tetapi Sheila lebih suka berkongsi melalui pengalaman yang ada.
Bagi yang baru berjinak-jinak dengan hobi menjahit, kebanyakan mereka mencari mesin jahit yang murah sebagai permulaan.
Di sini Sheila kongsikan mesin jahit yang mempunyai ciri-ciri asas sesuai untuk digunakan oleh anda yang baru di dalam dunia jahitan ini.
Mesin jahit model Juki HZL-12Z adalah mesin jahit keluaran Jepun yang menawarkan harga mampu milik iaitu sekitar RM490.00 (harga promosi RM441.00). Mesin ini kecil dan ringan dengan ukuran 350 (panjang) x 275 (tinggi) x 160 (lebar) dan berat 4.4 kg sahaja amat mudah untuk di bawa ke mana-mana.
Fungsi jahitan asas yang terdapat pada mesin mampu memberikan hasil jahitan yang setanding dengan mesin lain yang terdapat di pasaran.
Fungsi-fungsi lain yang terdapat pada mesin seperti lampu LED putih, pemasuk benang automatik dan juga ‘free arm’.
Setiap pembelian akan disertakan dengan DVD bagi memudahkan pengguna untuk membuat rujukan dan mendapat gambaran yang jelas berkenaan fungsi dan kegunaan mesin.
Diharapkan dengan sedikit perkongsian daripada Sheila ini dapat memberikan manfaat buat semua.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Sheila.
Terima kasih dan salam kasih sayang.
Rosilawati Wahid
012.301.3341
0 Comments