Busy Book, Menjadikan Anak Lebih Bijak!

Busy Book, Menjadikan Anak Lebih Bijak!

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid & Google

Aktiviti yang terkandung di dalam busy book ini dapat meransang kemahiran motor halus anak-anak. 


Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jemari tangan dan kaki juga otot bibir dan lidah. Ianya juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan berkoordinasi dengan mata. 

Kepentingan kemahiran motor halus bagi kanak-kanak adalah untuk membolehkan mereka melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Sebagai contoh, anak-anak yang berusia 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul, anak-anak berusia 5 tahun pula dapat memegang gunting untuk memotong kertas mengikut bentuk manakala anak-anak berusia 6 tahun berkebolehan mengikat tali kasut mereka.

Di setiap lembaran quiet book ini akan mengandungi aktiviti yang melibatkan aktiviti meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Setiap aktiviti perlu disempurnakan oleh anak-anak ada satu target kemahiran yang perlu dicapai. Contohnya kemahiran membuka dan menutup zip, mengenal bentuk dan warna, suai padan, permukaan/material yang berbeza seperti kasar, lembut, halus dan sebagainya.

Setiap aktiviti melibatkan pergerakan motor halus anak-anak dengan kaedah sentuhan dan pergerakan jari tangan akan meransang otak anak-anak untuk berfikir. Kita boleh lihat perbezaan dan perkembangan pada anak-anak. 



Pentingnya kemahiran motor halus ini bagi anak-anak adalah mereka dapat menulis dengan baik dan betul. Begitu juga ianya merupakan persediaan awal bagi mereka menguruskan diri mereka sendiri.






Post a Comment

0 Comments