Ulasan Kelas Blog Bisnes Penulisan

Ulasan Kelas Blog Bisnes Penulisan

Teks & Foto : Rosilawati Wahid

Saya mula menulis blog dari tahun 2008 (mulanya di sini). Waktu itu tiada panduan, tiada komuniti, tiada cikgu yang membantu. Semuanya redah sendiri. Niat hanya untuk berkongsi ilmu yang sedikit dengan orang lain yang punya hobi dan minat yang sama.

Dari blog tersebut dapat berkenalan dengan sahabat baru yang rata-rata daripada minat yang sama. Sahabat baik dari Kota Kinabalu juga berjumpa di lapangan blog tersebut. Alhamdulillah, ukhwah yang terjalin kekal hingga ke hari ini.


Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah sejak 2012. Terpaksa berhenti kerja kerana anak-anak telah meningkat remaja dan perlukan perhatian yang lebih istimewa. Jadi saya rasakan saya perlu berada di dalam sebuah komuniti yang dapat membimbing, kumpulan yang merupakan kumpulan sokongan untuk membantu saya di dalam pengurusan sebagai seorang ibu yang bekerja dari rumah.


Sekitar penghujung Mac 2015 bermula daripada perkongsian rakan fesbuk (Cik Azue) berkenaan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) seterusnya membawa kepada perkenalan dengan cikgu Anys iaitu salah seorang pengurus online akademi bekerja dari rumah timbul minat untuk bergabung dengan komuniti ini.

Saya tidak menunggu lama untuk membuat keputusan. Terus mendaftar untuk menyertai akademi bekerja dari rumah bermula April 2015. Sejurus mendaftar saya menerima pautan untuk lima buah ebook. Saya juga diserap masuk ke dalam kumpulan akademi bekerja dari rumah kelolaan cikgu Anys.

Di dalam komuniti akademi bekerja dari rumah saya diajar cara menulis blog dengan betul. Panduan langkah-demi-langkah bergambar disediakan bagi memudahkan sesiapa sahaja yang baru hendak belajar membina blog sendiri. Saya juga diberikan soalan analisa untuk dijawab dan dari situ akan menentukan minat dan kecenderungan kita.

Blog saya lebih menjurus kepada minat dalam seni jahitan dan ianya membuatkan saya lebih fokus kepada tajuk yang diberi. Tidak macam sebelum ini menulis blog caca-marba. Berpandukan soalan kaji selidik yang dijawab juga, kita akan tahu kekuatan blog kita di mana. Jadi segala penulisan atau perkongsian akan menjurus ke arah topik yang diberi oleh pengurus online.

Memandangkan saya bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak yang masih kecil, masa saya agak terhad. Saya juga agak sukar untuk menghadiri kelas yang diadakan secara offline. Akademi bekerja dari rumah ini sangat sesuai untuk situasi saya.

Kelas akademi bekerja dari rumah ini kerana ianya sangat fleksibel. Semuanya dilakukan secara online. Tugasan akan diberikan dan berapa pantas anda hendak menyiapkan tugasan yang diberi anda tentukan sendiri. Tiada paksaan, segalanya anda yang tentukan. Segala kekeliruan yang timbul sepanjang kelas berlangsung akan ada sokongan. Hanya perlu menghantar soalan melalui pesanan di facebook dan segalanya akan dijawab oleh cikgu Anys. 

Walaupun baru enam bulan selepas penjenamaan semula blog, ianya sudah pun menampakkan hasil. Blog saya sudah mula dijejaki. Tajuk utama blog adalah tutorial jahitan dan dalam masa yang sama berkongsi catatan harian dan juga catatan pengalaman sebagai panduan

Semoga sedikit ulasan saya ini dapat membuka ruang dan peluang untuk lebih ramai lagi suri yang akan atau telah berhenti kerja dan ingin bekerja dari rumah mencipta kejayaan sendiri dengan sokongan komuniti akademi bekerja dari rumah ini. 

Kita semua mempunyai keistimewaan sendiri, jangan bataskan kemahiran diri. Anda mampu pergi lebih jauh dengan kemahiran dan kebolehan yang ada.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments