5 Tips Untuk Murid Bermasalah
Teks & Foto : Rosilawati Wahid
Perkongsian dari whatsapp. Sesuatu yang bermanfaat buat saya dan saya kongsikan. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk anda juga.
Kisah saya yang mempunyai tujuh (7) orang anak, kesemuanya berbeza karektor. Apa yang saya perhatikan, Arsyad agak hiperaktif jika dibandingkan dengan adik beradik yang lain. Bila nak tidur malam pun kadang-kadang dia masih bermain walau dah sedia hendak tidur. Dia suka apabila badannya digaru-garukan. Kebiasanya saya akan gunakan berus rambut yang lembut untuk menggaru sampai Arsyad terlena.
Bila Arsyad digaru dengan sikat lembut, dia lebih tenang dan mudah untuk dia tidur. Selepas membaca artikel ini barulah saya faham sebabnya.
Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:

1) Lambat menulis:
Penyelesaian : Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan.
2) Murid Pelat:
Penyelesaian : Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab : Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.
3) Murid lambat bercakap.
Penyelesaian : Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.
Sebab : longgarkan artikulasi murid
4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:
Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.
5) Murid hiperaktif
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.
Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.
Semoga bermanfaat.
0 Comments