Teknik Applique Motif Sunbonnet Sue
Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid
Saya penggemar teknik applique. Hasilannya cantik. Hujung minggu yang lalu saya berpeluang melihat sendiri quilt Sunbonnet Sue yang dihasilkan oleh kak Aida Harun. Jahitannya yang sangat kemas dan menghasilkan quilt dengan kaedah jahitan tangan sepenuhnya. Kerana minat yang sangat mendalam dalam bidang ini ianya tidak menjadi masalah kepada beliau.
Saya kongsikan hasil kerja kak Aida Harun di sini
Kebiasaanya fabrik yang digunakan dalam penghasilan quilt adalah daripada jenis fabrik kapas yang berkualiti. Ianya sangat tahan lasak dan dapat digunakan untuk satu tempoh yang sangat lama.
0 Comments