Foto : Rosilawati Wahid
I-spy bag
.
Akak sangat teruja untuk menguji i-spy dengan anak-anak. Dengan menggunakan apa yang ada di tangan (menggunakan beras serta pelbagai bentuk butang dan resin yang ada), maka terhasillah i-spy bag ni.
.
Aktivitinya adalah mencari barang tersembunyi. Ada 10 item yang perlu dicari berdasarkan gambar yang disertakan. Ianya dapat membantu anak-anak fokus untuk meyelesaikan tugas yang diberikan.
.
Ammar (4 tahun) hanya main sekali sebab dia dah jumpa item yang disenaraikan.
.
Adibah (10 tahun) dan Amni (9 tahun) lebih teruja untuk menguji kecekapan masing-masing dalam mencari item yang disembunyikan. Mereka bermain berulang kali.
0 Comments