Panduan Membaiki Wayar Pemijak Kaki Mesin Jahit Yang Putus

Panduan Membaiki Wayar Pemijak Kaki Mesin Jahit Yang Putus


Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Wayar pemijak kaki mesin jahit kena gunting dengan Arsyad. Dia yang tidak mengerti. Apalah anak yang berusia 4 tahun itu tahu kesan dan akibat dari perbuatannya menggunting wayar pemijak kaki tersebut.  Mama yang cukup dewasa untuk berfikir secara rasional. Hendak dimarah kejadian telah berlaku. Sekadar wayar, ianya masih boleh dibaiki. 

Namun, ia adalah masa yang sesuai untuk memberi didikan berkenaan gunting kepada Arsyad. Cara penggunaan gunting yang betul. 


Wayar masih boleh dibaiki. Apa yang diperlukan adalah pvc tape untuk elektrik. Pvc tape ini boleh dibeli di hardware atau tengok dalam toolbox suami. Kita minta sikit.



Potong wayar yang putus. Buang sedikit bahagian penebat untuk dedahkan bahagian koper. Dedahkan lebih kurang 1-2 cm. Ini adalah bahagian yang perlu disambung semula.


Selepas itu sambungkan koper dengan cara memintal beberapa kali koper tersebut. Pastikan hujung wayar yang sama. A-A dan B-B. Jika hujung bertentangan, pemijak tidak akan berfungsi.



Setelah dipintal, balut bahagian koper yang terdedah dengan pvc tape. Ia perlu dibalut secara berasingan. Ini bertujuan untuk melindungi bahagian koper yang terdedah dan mengelakkan daripada koper bersentuhan yang boleh menyebabkan litar pintas. 

Berapa kali nak lilit? Agak-agak sahaja, mungkin 5-6 lilitan sudah memadai.


Selepas dibalut secara berasingan, kemudian wayar tersebut digabungkan dan dililit sekali lagi dengan pvc tape. Balutan pvc tape ini hanya untuk kemasan akhir sahaja.


Alhamdulillah, pemijak kaki mesin jahit boleh digunakan semula dengan baik. 


Post a Comment

0 Comments