Looking For Anything Specific?

Header Ads

Sambung Belajar Di Jerman

Tiba-tiba minggu ni terfikir, jika Allah izinkan nak melihat salah seorang anak dapat sambung belajar di Jerman. Mungkin sebab anak Gee baru je berlepas ke Jerman pada 27/2/2021 bagi menyambung pelajaran di sana. Sebelum ni Huda Ahmad juga belajar di Jerman, tapi waktu tu masih tak nampak lagi kenapa nak sambung belajar di Jerman. 

Sebelum ni juga pernah menonton rancangan di Hypp Tv - Europe From Above yang menceritakan tentang Jerman. Ya, rasa teruja dan seronok nak menjelajah Eropah sebenarnya.

Saya tiada kesempatan nak ke luar negara, moga-moga ada rezeki anak-anak belajar dan meneroka dunia bumi Allah swt.

Saya mula blog walking dan jumpa beberapa blog yang berkongsi berkaitan belajar di Jerman. Antara blog yang berkongsi informasi berkaitan adalah blog Kamato.

Perkongsian daripada Huda Ahmad pula katanya
- excel dalam SPM kerana persaingan sangat tinggi
- Untuk masuk U, kena ada A Level atau AUSMAT.
- AUSMAT kena sambung preparation kat jerman 6 bln (utk cukup credit)
- A Level terus masuk U 
- AUSMAT 1 tahun
- A Level 2 tahun
- Sebelum A LEVEL/AUSMAT belajar bahasa dulu 6 bulan
- Biasiswa JPA, MARA & Tenaga Nasional
- Jika pergi sendiri boleh refer DAAD malaysia.
- 2 jenis universiti : University (banyak teori, tak ramai yg pergi) & University of Applied Science (yg ni biasa dihantar, ada byk praktikal)

Inilah serba sedikit maklumat yang diperolehi dari perkongsian dan pembacaan di internet. Insyaa Allah mudah-mudahan ada rezeki anak-anak. Aamiin.

Post a Comment

0 Comments