TIPS LANGSAI HUTANG DENGAN EMAS
Ramai orang berazam setiap tahun untuk selesaikan hutang lebih cepat, tetapi gagal kerana simpanan bocor dan hilang disiplin kewangan. Hakikatnya, simpan duit dalam bentuk tunai memang sukar bertahan lama. Duit mudah terguna tanpa sedar melalui transaksi online, shopping, atau kecemasan yang datang tiba-tiba.
Sebab itu, semakin ramai orang mula menggunakan strategi simpan emas untuk langsaikan hutang. Strategi ini bukan sekadar popular, tetapi praktikal, berkesan dan patuh syariah.
Kenapa Perlu Langsaikan Hutang?
Hutang adalah punca utama tekanan kewangan keluarga. Setiap bulan, sebahagian besar gaji habis membayar komitmen seperti personal loan, hutang kereta, hutang kad kredit dan pinjaman peribadi. Jika dibiarkan, ia akan:
- Melambatkan kebebasan kewangan
- Menyukarkan untuk menyimpan
- Mengurangkan kuasa membeli
- Meningkatkan risiko muflis
Langkah paling bijak ialah langsaikan hutang lebih awal, supaya aliran tunai kembali sihat dan hidup lebih tenang.
Kenapa Emas Sesuai Untuk Selesaikan Hutang?
Simpanan emas menyelesaikan banyak masalah kewangan yang tak dapat diatasi oleh simpanan tunai biasa.
1. Emas Kalis Bocor
Emas tidak mudah dibelanjakan seperti duit. Bila sudah tukar duit kepada emas, ia selamat daripada kebocoran emosi seperti “shopping waktu gaji”, “sales hujung bulan” atau godaan Shopee dan TikTok Shop.
2. Nilai Emas Naik 8–12% Setahun
Emas terbukti menyimpan nilai dalam jangka panjang. Sebaliknya, nilai duit semakin susut kerana inflasi. Jadi, simpan emas lebih selamat dan berkembang berbanding simpan duit semata-mata.
3. Disiplin Automatik
Emas menjadikan simpanan lebih fokus kepada matlamat — contohnya tabung bebas hutang. Bila cukup gram emas, kita tukar kepada wang ringgit dan langsaikan hutang sekaligus.
Kenapa 50g & 100g Lebih Untung?
Semakin besar gold bar, semakin rendah spread value (kos susut nilai jual beli emas).
Saiz | Spread |
---|---|
10g | ± 9% |
50g | ± 7.5% |
100g | ± 7% ✅ terbaik untuk simpanan jangka panjang |
Cara Mula Simpan Emas
Tak perlu tunggu kaya untuk mula simpan emas. Ada dua cara mudah:
✅ Cara 1 – Belian Terus (EPP atau Full Payment)
- Sesuai untuk mereka yang ada bajet lebih besar
- Boleh beli gold bar 10g, 20g, 50g atau 100g
- Boleh buat ansuran patuh syariah (EPP)
✅ Cara 2 – Simpan Sikit sikit Melalui Akaun GAP
- Simpan serendah RM100
- Boleh tambah gram bila-bila masa
- Boleh kumpul sehingga cukup gold bar 50g atau 100g
- Selamat dan patuh syariah
Contoh Strategi Bebas Hutang Dengan Emas
Masalah: Hutang peribadi RM30,000
Target: Simpan gold bar 50g
Pelan: Simpan 3g emas sebulan (± RM1,000)
Hasil: Dalam ±16 bulan cukup 50g → jual → langsaikan hutang terus ✅
Kesimpulan
Strategi langsaikan hutang dengan emas lebih selamat berbanding simpan duit biasa. Emas membantu:
✅ Kumpul simpanan tanpa bocor
✅ Kekal disiplin capai matlamat
✅ Lindungi nilai wang dari inflasi
✅ Capai bebas hutang lebih cepat
Jangan tunggu bebas hutang untuk mula simpan emas. Mula simpan emas untuk jadi bebas hutang.
Rosilawati Wahid
PG00074485
16 Okt. 2025
0 Comments