Looking For Anything Specific?

Header Ads

Resepi Pankek Gebu

Buat peminat pankek, kalian patut mencuba resepi pankek ni. Hasilnya sangat lembut dan gebu, sumber dari Seminit Resepi. Memang puas hati. Bahan yang digunakan juga ringkas dan mudah didapati. Bolehlah dijadikan aktiviti memasak bersama anak-anak.


Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung
2 sudu besar baking powder
1 biji telur
1 1/4 cawan susu
1/4 cawan mentega cair
Sedikit garam
Esen vanilla

Cara membuatnya :

Di dalam mangkuk satukan telur, susu, esen vanilla dan mentega yang telah dicairkan.
Ayak bahan kering dan satukan dengan bancuhan susu.
Kacau rata dan masak di atas kuali leper tidak melekat yang telah dipanaskan.
Sedia dihidang.

Gandakan bancuhan untuk kuantiti yang lebih banyak.
Selamat mencuba.

Post a Comment

2 Comments

  1. Nampak sedap lepas tue cara nak sediakan mudah 😉 kalau makan dengan madu ni perghhhh menjilat jari kesedapan penkek nih 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Cubalah. Nak buat pun senang.

      Delete