Tutorial Menampal Seluar Koyak

Tutorial Menampal Seluar Koyak

Teks : Rosilawati Wahid 
Foto : Rosilawati Wahid 





Biasakan anak-anak ni main lari-lari kemudian terjatuh. Lutut jadi mangsa. Nak buang sayang, jadi kita tampal untuk menutup bahagian yang berlubang tu.

Teknik yang digunakan adalah sulam tampal atau nama lainnya applique.Bahan dan peralatan
+ kain felt
+ benang
+ gunting
+ jarum peniti
+ mesin jahit (saya menggunakan ‪#‎NV980K‬)

Testimoni Set Mandian Marine Essence

Testimoni Set Mandian Marine Essence

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Smart Tycoon Group




EKZEMA HAMPIR 4 TAHUN HAMPIR PULIH


Perkongsian daripada Puan Nurul;

Ekzema yang dialami oleh anak beliau hampir pulih asbab ikhtiar dengan mandian MANDIAN MARINE ESSENCE.

Sebelum ni dah macam-macam sabun cuba dekat badan anak beliau, tapi tak serasi.

Doktor yang rawat anak beliau tak bagi guna apa-apa sabun untuk kulit anak beliau sebab nanti akan jadi bertambah seluruh tubuh.

Sejak itu, beliau jadi takut dan gerun nak bagi cuba sabun-sabun lain.
.

Sejarah Herba Maharani

Sejarah Herba Maharani

Teks : Rosilawati Wahid & STG Foto : Google & Smart Tycoon Group 

Saya sungguh teruja membaca kisah di sebalik herba Maharani. Di sini saya kongsikan untuk info kita bersama. 

Ianya merupakan amalan keluarga diraja sejak 400 tahun dahulu. Ianya merupakan kisah benar dan di dokumenkan di istana larangan Beijing. (CDM Kamesah yang telah ke sana sebanyak 2 kali).

Mengikut rekod perubatan dari Dinasti Ming, Bai Feng Wan berasal dari Dinasti Tang. Semasa pemerintahan Dinasti Qing, pakar dari hospital maharaja telah melakukan kajian dan memperbaiki kandungan 'Wuji' (sejenis ayam hitam) Bai Feng Wan , satu produk asli negeri China dan seterusnya melantik Tong Ren Tang sebagai pembekal tunggal kepada kaum kerabat maharaja. Malahan Maharani Ci Xi sendiri mengambil makanan tersebut sebagai penyubur dan awet muda. Seterusnya Tong Ren Tang Te Zi Bai Feng Wan sehingga hari ini telah dipamerkan dalam muzium Istana Larangan di China.




Saya suka sejarah Herba Maharani ni. Ianya formula yang sangat hebat. Maharaja ada 3000 gundik dalam satu masa. Purata seorang gundik hanya berjumpa Maharaja sekali dalam hampir 10 tahun. Dan tabib akan memastikan gundik-gundik ini berjumpa Maharaja di hari-hari yang tidak subur. Maharaja hanya ada anak dengan Permaisuri sahaja. Tapi ada seorang gundik ni, Maharaja mesti akan berjumpa pada setiap minggu dan nama beliau adalah Ci Xi.

Dah tiap minggu jumpa, maka Ci Xi pun mengandung dan akhirnya melahirkan anak lelaki. Semasa anak dia 8 tahun, maharaja gering dan mangkat. Oleh kerana anak-anak Maharaja dengan Permaisuri semuanya perempuan, maka anak Ci Xi diangkat menjadi Maharaja. Jadi ibu maharaja di panggil Maharani... itulah asalnya herba ini di panggil Herba Maharani - kerana hasil amalan memakan herba inilah, Maharaja asyik teringat-ingat kepada Maharani.



Maharani Ci Xi mangkat di usia 90 tahun, dan yang memeranjatkan, baginda masih lagi didatangi haid. Maksudnya dia tidak di mamah usia kerana hormon kecantikan (estrogen) masih lagi tinggi pengeluarannya. 



Pengalaman Bisnes Pertama Menjahit Pukal

Pengalaman Bisnes Pertama Menjahit Pukal

Teks : Rosilawati Wahid
Foto :

Bagaimana saya bermula?

Tahun 2001 saya tinggal di Shah Alam dan berjiran dengan kak Tina yang mempunyai kedai jahit. Saya membantu kak Tina untuk menyiapkan tender jahit pukal baju kurung sempena hari raya. Upahnya RM5.00 sehelai. Hanya untuk kerja-kerja mencantum baju sahaja. Semua disediakan, benang dan bahagian baju siap dipotong. Saya lakukan secara sambilan sebab saya bekerja. Sehari saya siapkan antara 5-10 helai. 

Menjahit pukal walaupun upahnya nampak sedikit tapi jika dikira volume ianya adalah banyak. Jika 10 helai sehari, 10 hari sudah dapat 100 helai. Jumlah yang diterima RM500.00. Jumlah ini adalah besar untuk pekerjaan sambilan.

Kesimpulan

Jika ingin menjadi tukang jahit pukal anda perlu bersedia dari segi berikut,

1. Komitmen masa. 
Menjahit pukal perlu disiapkan dalam masa yang sangat pendek. Jadi perlu fokus untuk menyiapkan sesuatu tender dengan cepat.

2. Kualiti
Walaupun ianya jahitan pukal, kualiti adalah ciri paling penting. Jadi persiapkan diri dengan skil menjahit yang diperlukan mengikut standard yang ditetapkan.

3. Bayaran.
Bayaran untuk jahit pukal biasanya murah kerana ianya melibatkan volume. Jadi, kena tetapkan mindset bahawa jahit pukal bayarannya adalah lebih rendah daripada upah jahit biasa.

Semoga bermanfaat.

Pengalaman Menggunakan Periuk Tekanan Noxxa

Pengalaman Menggunakan Periuk Tekanan Noxxa

Teks : Rosilawati Wahid 
Foto : Carian Google



Diam tak diam dah masuk 2 tahun saya menggunakan periuk tekanan Noxxa ni. Apa yang boleh dikatakan ialah ianya mudah lagi memudahkan. Sesuai untuk orang macam saya yang anak-anak masih kecil dan kalau nak masak kena semuanya cepat-cepat sebab nak lumba lari dengan anak-anak lagi.

Setakat ini memang tak simpan dalam  kotak, guna hari-hari. Masak nasi, spageti, kek, semua guna periuk Noxxa ni. Paling suka masak bubur tak risau bubur berkerak. Kalau masak bubur guna dapur gas nak kena tunggu, kacau selalu sebab kalau tak berkerak. Dengan Noxxa set masa dan tinggal.

Nak masak sup tulang pun senang. Daging dia jadi lembut elok. Kalau waktu hari raya nak masak nasi impit, 30 minit siap masak. Selain daripada itu kalau rajin nak masak ikan sardin pun boleh juga, memanggang, membakar dan macam-macam boleh buat. 

Sebelum beli periuk tekanan Noxxa ni eksyen juga tak nak beli noxxa, beli periuk tekanan yang biasa tu je. Bila dah beli rasa menyesal pula, boleh guna tapi tak semudah Noxxa.

Kalau kalian masih berkira-kira nak beli periuk tekanan Noxxa ni, rasanya bolehlah pertimbangkan untuk memiliki sekurang-kurangnya satu unit. Insyaa Allah berbaloi.


Berminat untuk dapatkan periuk tekanan Noxxa?

Hubungi saya di 0123013341