Fakta Berkaitan Syarikat Emas Public Gold

Syarikat emas Public Gold adalah sebuah syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2008 dan masih kukuh bertahan hingga ke hari ini. 


Syarikat ini menjalankan perniagaan jual beli emas dan perak secara fizikal. Selain daripada emas pelaburan, Public Gold juga menjual emas perhiasan bagi mempelbagaikan produk keluaran mereka. Pengasas syarikat emas Public Gold adalah Dato' Wira Louis Ng.


Perkembangan perniagaan Public Gold yang semakin meluas telah menyaksikan pertumbuhan 18 cawangan di seluruh Malaysia. Selain daripada aktiviti jual beli emas dan perak, Public Gold juga menawarkan servis lain seperti tempat penyimpanan emas yang dikenali sebagai Public Safe, tempat pajak emas dan perak dan penubuhan Koperasi Dagang Emas bagi membantu memudahkan penyimpan emas menyimpan emas di Public Gold.


Perbezaan Public Gold berbanding kedai emas


Public Gold fokus kepada jualan emas untuk tujuan pelaburan (simpanan) manakala kedai emas lebih memfokuskan kepada jualan emas perhiasan. 


Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan emas dan perak antara yang termurah bagi tujuan pelaburan (simpanan). Public Gold juga turut diiktiraf di luar negara.


Fakta berkaitan Public Gold

  1. Public Gold tiada kaitan dengan Public Bank

  2. Public Gold bukan 'multi level marketing'.

  3. Public Gold tiada kaitan dengan piramid wang.

  4. Public Gold tiada kaitan dengan skim cepat kaya.

  5. Public Gold tiada kaitan dengan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam jangkamasa yang singkat atau pulangan tetap bulanan yang akhirnya pelabur akan ditipu dan mengalami kerugian.

Tidak dinafikan Public Gold adalah syarikat emas yang kukuh dan tiada rekod penipuan di mana-mana institusi perbankan. Bagi Tuan Puan yang ingin menyimpan emas boleh mula menyimpan di Public Gold tanpa ragu dan boleh menyimpan emas dengan mudah dan selamat.


Rosilawati Wahid
Authorised Public Gold Dealer
PG00074485





Post a Comment

0 Comments